Aqiqahloka Sdn. Bhd. (1435812-H)
Dengan sokongan penuh dari pasukan The Skuad Sejannah, ejen jualan dilatih untuk memberikan maklumat yang tepat, sambil menawarkan penyelesaian mudah dan pantas kepada pelanggan yang ingin melaksanakan ibadah di Mekah. Mereka juga berpeluang menjana pendapatan melalui komisen hasil jualan.
Ejen Sah Rasmi
Sejannah

Muliakan anakmu dengan Ibadah Aqiqah
Aqiqah Mekah

Dekatkan dirimu dengan ibadah Qurban
Qurban Mekah

Hadiah istimewa untuk insan yang tersayang
Upah Haji 2025

Bantu fakir miskin di bumi Mekah
sedekah mekah
Perkhidmatan
Sila Pilih Perkhidmatan Yang Anda Perlukan
Aqiqahloka Sdn. Bhd. bermula dengan menguruskan perkhidmatan aqiqah di Mekah. Semakin hari permintaan untuk perkhidmatan lain selain aqiqah semakin meningkat seperti qurban, upah haji & umrah, wakaf dan sedekah di Mekah.
Akhirnya pada Mac 2023, syarikat membuat penjenamaan semula dengan nama SEJANNAH dengan harapan semoga semua perkhidmatan yang ditawarkan mampu membawa semua pelanggan ke syurga, Insyallah.
Kini, Sejannah telah menempa nama di Malaysia dan Asia. Sejannah juga mempunyai pekerja-pekerja mahir di Malaysia & di Mekah. Sejannah juga mempunyai ramai ejen-ejen dari Malaysia, Brunei & Singapore.
Sejarah
SEJANNAH HQ
“Selepas terkesannya pandamik COVID-19, pada tahun
2020 saya terpaksa menutup syarikat agensi umrah saya
sendiri dan menubuhkan Aqiqahloka pada tahun 2021.
Perkhidmatan yang berkualiti dan sokongan dari
pelanggan-pelanggan membuatkan syarikat Aqiqahloka
dengan cepat menjadi jenama yang dipercayai dalam
industri.
Bukan mudah membina kepercayaan pelanggan kerana
ramai yang ragu-ragu dengan perkhidmatan yang
ditawarkan. Bagi mengatasi perkara itu, saya menyediakan
video dan gambar kepada pelanggan selepas pelaksanaan
dibuat. Jika pelanggan tidak menerima apa yang mereka
bayar, wang mereka akan dikembalikan,”
Kata Pengarah
- Hj. Saufi Hj. Kamaludin, Founder
V
M
O
Visi, Misi & Objektif
Visi, Misi, dan Objektif (VMO) adalah elemen penting dalam perancangan strategik sesebuah organisasi.
Setiap satu daripadanya memainkan peranan khusus dalam menetapkan arah tuju syarikat serta
menjelaskan tujuan dan matlamat jangka pendek dan panjang. Berikut adalah VMO bagi syarikat
Aqiqahloka Sdn. Bhd.:
Visi
Misi
Objektif
Menjadi Agensi B.A.U Mekah yang
paling dipercayai dan berkhidmat
dengan baik untuk Ummah:
B - Badal Haji & Umrah
A - Aqiqah & Qurban
U - Umrah & Haji
Mengutamakan Protokol B.A.R.A.Q.A.H:
B Bismillah
A Allah adalah matlamat utama
R Mesra "Rukun"
A Autentik
Q Fokus kepada Kualiti
A Siap Didengar
H Berlandaskan Kejujuran
Mempermudah umat Islam
melaksanakan ibadah aqiqah dan
qurban di Mekah dengan penuh
keyakinan, sambil membantu
komuniti setempat yang memerlukan.
Pada tahun 2022, Aqiqahloka Sdn. Bhd. (Sejannah) telah memenangi Anugerah Usahawan Muslim Dunia untuk "Most Trusted Brand", satu pengiktirafan yang tidak pernah dijangka oleh team Sejannah. Mereka percaya anugerah ini akan memberi impak positif terhadap kredibiliti dan kepercayaan pelanggan syarikat.
Anugerah
Malaysia
Anugerah
Asean
Sejannah telah menerima pengiktirafan berprestij dalam Award Trends Summit 2023, yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. Anugerah ini mengukuhkan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan aqiqah dan qurban yang berkualiti dan mematuhi syariat, khususnya di Mekah. Dengan pencapaian ini, kami berazam untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami, memastikan setiap ibadah dilaksanakan dengan penuh ketelusan, kemudahan, dan kepatuhan kepada ajaran Islam.
Team Sejannah
- Marketing Strategiest
Saufi Kamaludin
- Operation Strategiest
Hazwan Minan
- Management Manager
Syahida Ali
- Sales Manager
Nurnabila Sairi