Aqiqahloka.com

Sejarah Penubuhan

Bermula menguruskan jemaah umrah di bawah jenama Umrah Sinar pada tahun 2017 sehingga dunia dilanda Covid-19 pada tahun 2020 dimana perniagaan terpaksa dihentikan, maka di situlah titik permulaan syarikat Aqiqahloka Sdn Bhd diwujudkan. Syarikat mula menjalankan bisnes menjadi ejen kepada syarikat-syarikat lain.
Pada Januari 2021, syarikat mula melibatkan diri di dalam perniagaan aqiqah mekah yang dikenali sebagai Aqiqahloka Dot Com dan alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, Aqiqahloka Dot Com telah dinaiktaraf kepada Aqiqahloka Sdn Bhd (1435872-H) pada oktober, 2021.
Dengan bermula hanya di sebuah stor yang dijadikan pejabat, kini Aqiqahloka Sdn Bhd mampu berdiri setanding pesaing-pesaing di dalam industri yang sama. Syarikat kini menyewa bangunan pejabat untuk keselesaan pelanggan dan menampung pertambahan pekerja. Syarikat juga memiliki pasukan di setiap jabatan dan memiliki sukarelawan di seluruh Malaysia termasuk sukarelawan di Brunei dan Singapura.
Matlamat utama kami adalah untuk memperkasa dan membantu ibu bapa bagi mencapai misi “Berkat & Mudah” melalui perkhidmatan ibadah aqiqah secara atas talian di Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah.
Aqiqahloka Sdn Bhd telah membantu umat Islam di seluruh Malaysia termasuk di Brunei dan Singapura melalui perkhidmatan ibadah-ibadah lain seperti Qurban Mekah, Sedekah Mekah, Badal Umrah & Badal Haji.

Misi & Visi Syarikat

Misi

01. Memberi kesedaran dan pendidikan dalam bidang aqiqah melalui semua medium online dan offline dalam skala yang besar menjelang 31 Disember 2027.

02. Meningkatkan pengurusan yang bersistematik dan berteknologi tinggi bagi tujuan memudahkan urusan pelanggan menjelang 31 Disember 2027.

Visi

Visi kami adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang pengurusan ibadah Aqiqah Mekah yang bersistematik dan profesional di Malaysia menjelang 31 Disember 2027.

Nilai-Nilai Teras

Nilai-nilai teras Aqiqahloka Sdn Bhd adalah elemen asas budaya korporatnya. Ia adalah nilai-nilai yang sebahagian besarnya menentukan peraturan dan norma tingkah laku, prinsip melakukan kerja dan cara berinteraksi dengan rakan sekerja dan pelanggan. Oleh itu, keberkesanan kerja seluruh pasukan juga bergantung pada nilai-nilai ini.

Kesederhanaan

Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Etika dan kejujuran menentukan tingkah laku kami.

Orientasi Pelanggan

Kami melebihi semua jangkaan melalui disiplin yang tinggi dan menyediakan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia.

Kepuasan Pekerja

Pekerja kami adalah nilai utama kami. Kami menyokong rakan sekerja kami dalam mengejar pertumbuhan profesional mereka dengan mewujudkan suasana positif dalam syarikat.

Semangat

Kami berusaha untuk kesempurnaan, kami melakukan segala usaha yang mungkin untuk mencapai hasil, dan yang paling penting, kami menikmati kerja kami .

Disiplin

Dalam setiap apa yang kami lakukan. Kami bertanggungjawab dan menunaikan kewajipan kami.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop